Wednesday, March 4, 2009
ermmm..............
Manusia: "Eh dah subuh dah?" Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.." Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz" Manusia: "Nak makan, laparlah" Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... " Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa" Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?" Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat" Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!" Manusia: "Alamak, dah lewat!" Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.." Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah" Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ." Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan" Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii" Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..." Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!" Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie." Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa" Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.." Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh" Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain". Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.." Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah? Manusia: "Aku telah berdosa.." Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... " Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)" Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!" Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh" Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee" Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment