Sesuatu yang cukup menarik saya baca dalam Majalah Manar Islam keluaran terbaru tentang cerita bagaimana seorang gadis Iskandariah yang menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah Iskandariah.
Pakaian agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam lingkungan 20 tahun.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban menegurnya.
” Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki.”
Lalu gadis itu menjawab, ” Siapakah kamu, hai orang tua? Apakah di tangan anda terdapat anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Lalu gadis itu ketawa sambil mengejek panjang, lantas cuba memberikan handphonenya kepada si tua itu sambil berkata, ” Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di Jahannam (salah sebuah neraka Allah) untukku.” Gadis itu lantas ketawa lagi.
Si tua dan penumpang-penumpang mikrobas itu terdiam. Mereka tidak menghiraukan lagi kerenah gadis yang tidak mengetahui hukum hakam Islam itu. 10 minit kemudian, mikrobas itu sampai di perhentian. Lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas itu. Puas dikejutkan, gadis tersebut tetap tidak sedar. Rupa-rupanya gadis tersebut telah pulang menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepada-Nya mengingat kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
Subahanallah…
No comments:
Post a Comment