Wednesday, October 13, 2010

Ko ingat x? Ko tahu x?

Semalam aku balik lewat..
buat keje + layan chat sambil tu..
seorg shbt aku ni masuk chat..
aku pun tegur ar dia..

Aku : Salam, Sht ke? Apa cer?

Dia : Wslm, Alhamdulillah baik.. Achik?

Aku : Org sht je..huuhu..cam ner keje?

Dia : Keje org ok je...
Achik, org nak cite ni...
Kemarin, semalaman org xleh tido..

Aku : Asal plak? ko da mslh ke?..
Agaknyer ko fikir something kot before nak tdo tu..
Tu y sush nak lelapkan mata 2..

Disebabkan dia masuk lmbt, aku pun dh nak blik time tu, so aku tpaksa ar stop kan perbualan kteorg..

Aku : Maaf, org dah nak balik dah ni..
Lain kali kte chat agi k..
Take care, salam.

******************************

Sampai je kt umah, rasa penat sgt + mgantuk lg... Aku pun mulalah plan apa nak wat pas ni..1,1 agenda bermain di minda..

Mandi + gosok baju si kecik + nak borak dengan ayah (perkara wajib aku tiap2 hari..uhuh) + solat isyak dan tido...uhuhuh

******************************

Ble suma agenda dah settle, tiba lah ke agenda y terakhir aku..huhuh..Hurrey..tdo...

Tiba-tiba.....
Aku mengalami keadaan y sama spt shbt aku td..
Knape aku x leh nak melelapkan mata ni... menguap dah beribu kali tp mata ni seakan x mau pejam...
2 kali aku buka lmpu + 1 kali kuar bilik..binggung.. nape x leh tido ni...

Akhirnya baru aku teringat, ari ni 13 oct 2010..genap ar 1 bulan pemergian adikku menemui ilahi..

****************************
Surat tuk adikku....

Pit,tetiba aku rindu kat ko...
Ko tahu tak?? bile aku teringat kat ko je mesti air mata ni mengalir laju tanpa aku sedari...
mulalah sejarah dan kenangan bersama ko menerjah kembali ke minda dan sanubariku...

Ko ingt tak?? dalam banyak adik-beradik... kte berdua selalu berhentam sesama sendiri... sampai ibu cakap kita berdua ni macam anjing n kucing... jumpa je gaduh..jumpa je da je y x puas hati... ko ingt x??

Ko ingat tak masa zaman sekolah dulu, kalau bergaduh ..tak ingat dunia.. habis buku/pensel/almari/katil dan lain-lain harga benda kita lanyakkan..

Ko campak buku aku ke tanah..
Aku balas dengan cara yang sama..

Aku kuba almari ko..
Ko kuba almari aku..

Ko terabu kan katil aku..
Aku terabu kan katil ko..

Aku patahkan pensel ko..
Ko patahkan pensel aku..

macam2 lg y kte buat sampai lah pergaduhan sesama kte terlerai..

****************************

Zaman berganti zaman,

***************************

Ko ingat tak zaman remaja kita dulu.. Kita still bergaduh juga...tapi pergaduhan ini tak sama dengan pergaduhan zaman sekolah dulu...Kalau dulu agak extreme, tapi kini kurang extreme dia... kita bertekak mulut je..xpun kita protes dengan cara kita sendiri..

Hentakkan kaki ar.. tutup pintu bilik dengan kuatnya dan lain-lain lagi..
Kadang-kadang sampai 1 tahap tu, bila dah tak tahan kita pukul sesama sendiri..Tapi untungnya aku.. bila kita bergaduh ko tak pernah pukul aku event ko dah angkat tangan nak tampar aku..

ko just cakap,
" Eeerrr, karang kena juga kang"

Aku pula mula lah..
" Hah pukullah,pukul !! Kalau berani pukul ar... Ko ingat aku takut dengan ko.. Anak Manja!!!"

*************************

Aku tahu dalam hati ko mesti benggang kan dengan aku...tapi ko tak balas pun.. ko memang adik yang baik...

Jangan si acat, dia bergurau dengan bertumbuk pun sakit do... Kuat!!
ko tahu lah kan tenaga lelaki ini lebih dari wanita..

************************

Ko ingat tak aku n acat selalu panggil ko anak manja or anak ibu... hehhee... tahu x nape??

sebab ko kan cengngeng (kuat nangis), skit2 nangis, skit2 nangis..huuhuh...salah kteorg berdua juga coz dari kecik mmg kteorg suka sakat ko kan..huhu... kte kan 3 beradik je dulu..6 tahun kemudian baru beradik lagi...sebab tu dlm family kte da 3 kecik dan 3 besar..uhuuh..

***********************

Ko ingat tak, aku da cakap y aku selalu terbaca n terlihat ayat ini..
'Andai ramadan kali ini adalah ramadan yang terakhir kita'

Bila nampak je ayat ni, aku mulalah rasa lain..tak tahu aku nak gambarkan macam mane...
Rupanya, ramadan kali ini adalah ramadan yang terakhir buat ko...
Dan juga syawal-syawal yang mendatang, aku raikannya tanpa kehadiran ko disisiku..

*********************

Ko tahu tak, ramadan kali ini adalah ramadan yang penuh dengan dugaan dari Allah tuk kita sekeluarga...
Selama 18 hari ko kat ICU..Keluarga kita dah tak niaga kat bazar ramadan macam tahun-tahun yang lalu.. Ko tahu kan, rutin ramadan kita adalah berniaga untuk menampung keperluan syawal nanti..

Hari tu, masa ko kat ICU lg,tetiba kete ayah rosak..ibu dah risau dah..macam mana nak g lawat ko ni.. masa tu apa yang rosak aku pun tak tahu yang pasti nak baiki memerlukan duit y banyak.. dengan kekurangan duit masa tu, ibu n ayah gagahkan diri berikhtiar...Akhirnya, Alhamdulillah...kete ayah elok...

********************

Ko tahu tak, aku dapat melawat ko ari sabtu dan ahad je.. hari2 lain aku kerja..

Bila aku g melawat ko,banyak improvement yang ko tunjukkan, Aku bersyukur..
Bila aku tak g melawat ko, ko tunjukkan diri ko kritikal... Aku takut..

*******************

Ko tahu tak, tiap kali ibu balik dari hosp je, mesti muka ibu lain..bila aku tanya "Ibu,cam ner keadaan pipit".. ibu cakap "pipit kritikal"... Aku sedih..ko tahu tak???

Aku tanya lagi "cam ner pipit boleh kritikal?? hari tu orang lawat dia ok je..da peningkatan .."
Ibu pun cite ar apa yang sebenarnya terjadi...

*******************

Ko tahu tak, sepanjang ko kat ICU.. Ayah steady je..
Bila tanya pasal ko.. Ayah cakap "dia ok je"..

Sampai satu tahap, yang aku tahu..ko dah 3x kritikal dari penceritaan ibu..
tapi rupanya 1x ko kritikal aku x tahu..

Kritikal Pertama : Paru-paru ko bocor..
Kritikal Kedua : Paru-paru ko dijangkiti kuman..
Kritikal Ketiga : Oksigen tak sampai keseluruh badan ko..
Ktitikal Keempat : Kuman dah merebak ke seluruh organ penting ko..

Dan akhirnya ko tinggalkan kami semua..

Ko tahu tak, kritikal ketiga tu aku tak tahu pun..ayah tak cite pn kat aku..Sampai aku g melawat ko pada hari isnin yang terakhir tu..aku amat terkejut dan tercegang bila tgk keadaan dan posisi baring ko..

Cadangnya hari isnin tu aku nak masuk keje balik ..yea da masuk raya y ke4 isnin nnti...
tapi tetiba aku rasa nak g lawat ko isnin tu coz aku fikir kalau aku dah keje nnti aku just leh lawat ko hari sabtu dan ahad je.. dah keje susah sikit...
Ari ahad semalam aku tak g lawat ko coz kete penuh..so aku pun g ar ari isnin tu.. takut tak sempat nak tengok ko ble aku dah start keje balik...

Rupanya isnin tu, hari terakhir aku dapat melawat ko kat hospital, lepas ini bukan kat situ dah..
bukan kat Unit ICU, level 5, hospital selayang, katil no 3....
Tapi lagi dekat dengan rumah kita..
Cuma bezanya,
Aku dah tak nampak dah sebujur jasad ko, just aku nampak 2 tiang terpacak diatas 1 bentuk 4 segi panjang..
Aku dah tak bau dah ubat-ubatan hospital, just aku bau air mawar yang disirami..
Aku dah tak nampak dah ramai doc n nurse-nurse yang jaga ko, just aku nampak ko tinggal seorang diri di situ..

****************************

Ko tahu tak malam isnin disaat terakhir ko kan..hanya da aku, acat dan acik je.. Adik-adik yang kecik suma dok kat luar ICU..diorg xcukup umur..Ahad tolong jaga Ira dan Teha..

Ibu dan ayah balik kejap da hal mendatang..
Sebelum ibu balik, ibu pesan kat aku..
"Ila, ajar adik mengucap tau..jgn berhenti...Bykkan berzikir kat telinga adik kamu tu"

***************************

Ko tahu tak, aku letak kepala aku kat atas bahu ko dekat dengan telinga ko..tak putus-putus aku ingat pesan ibu tadi...

Acat pula dah tak leh tahan air mata dia..

Acik pula berdiri di kaki ko sambil dia usap-usap kaki ko..
Acik cakap "Acat kaki adik sejuk ni..meh sini tolong acik "... Habis 1 badan dia gosok bagi panas, dia ketuk-ketuk kaki ko...

**************************

Ko tahu tak acik cakap apa kat ko...
"pipit bangun ar pit, acik sayangggg pipit.. pipit kan kuat.. nnti kita g lunch sama2 lagi yer.."

Dan ko tahu tak acat cakap apa kat ko..
"pipit bangun ar pit, kalau ko pergi..aku tak da kawan nanti..."
Air mata acat mengalir tanpa henti..

Dan aku... dengan derasan air mata, aku kuat kan diri sambil berkata..
"pipit aku redha pit ko g... kalau itu yang terbaik tuk suma aku redha pit....Kalau ko tak leh lama kat dunia ni, kita jumpa kat dunia lain k..ko tunggu aku tau.. nanti aku datang..dan maaf kan aku tau.."

**************************

45 minit saat-saat hembusan nafas ko yang terakhir adalah saat yang paling kritikal yang pernah aku rasai dalam hidupku dan amat menguji diri ini..

bila doc cakap nak ubah posisi ko dengan rentetan implikasi buruk amat menakutkan aku..

Akhirnya alat tu berhenti.. tiada sebarang data hanya garis-garis yang panjang tanpa putus sedikit pun,dengan bunyi yang mendatar.. aku mula sedar yang ko dah tiada lagi di dunia ini...

dalam tempoh itu juga acat call ibu dengan mengatakan ko dah tiada lagi didunia ini.. ko tahu x ibu cakap apa...

"Pit, ibu redha pipit pergi.. ibu redha..ibu redha.."

Ibu ckp dengan tangisan tanpa henti tapi aku leh dengar dengan jelas apa yang ibu cakap..

Hanya ayah je yang cool, tapi dalam hati dia sape yang tahu kan..
tahun ini 2 orang yang penting dalam hidup ayah pergi meninggalkan dia...
Abang dia dan anak lelaki dia yang dia harap 1 hari nanti anak ini boleh membantu dia dalam menjaga keluarga ini, iaitu ko...

Ko tahu tak, da beberapa orang yang tak tahu yang ko dah tak da lagi di dunia ini...
Mereka datang singgah kedai ayah menanyakan kesahihan kisah ko.. mereka juga menangis pit.. sebab mereka-mereka itu adalah orang yang suka menyakat ko dengan gurau senda mereka suatu ketika dulu...

Dengan sekelip mata je ko hilang dari pandangan kami semua..
Pit, aku rindu kan ko...
Ya Allah Kau ampunkanlah dosa adikku Hayus Fitri...Ya Allah..
Ya Allah Kau kurangilah azab seksaan alam kubur dan neraka adikku ...Ya Allah..
Ya Allah Kau tempatkanlah adikku dikalangan orang2 yang beriman.. Ya Allah..
Ya Allah Kau bantulah adikku untuk mendapat syafaat daripada kekasihMu Muhammad S.A.W..Ya Allah..
Ya Allah moga aku bertemu dengan adikku lagi di SyurgaMu..Ya Allah..
Amin, Amin, Amin Ya Robbi Alamin..

Pit, sampai sini je coretan aku tuk ko.. nanti bila free aku cite agi k..

Yang benar,
Kakakmu...

4 comments:

HasNiLa JasNi said...

salam acik...
xtau dh bape tisu ude habiskn utk entri ni.
ude juga turut terkesan dgn pemergian arwah.

"jd kuat utk ibu & ayah"

hajar aman shah said...

Salam sister,
Al Fatihah...May he rest among His Beloved.

Are-chik said...

Thanks my dear Hajar Aman Shah..Amin..

Are-chik said...

Thank my dear ude...
"jd kuat utk ibu n ayah"
Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails